Monday, January 10, 2011

PROGRAM JEJAK KEMBALI PELAJAR 2011







YDP PIBG menyampaikan hadiah kepada Pegawai Polis Daerah Samarahan yang turut menjayakan program.




  


Meja pendaftaran pelajar dan ibu bapa



                                                 

Bengkel motivasi bersama kaunselor 
                                                        
Pelajar mengisi borang soal selidik






                                                           


Bermula pada pukul 8.00 pagi meja pendaftaran mula dipenuhi dengan peserta yang terdiri drpd pelajar dan ibu atau bapa masing-masing untuk memenuhi bilik Unit Bimbingan & Kaunseling untuk sama-sama menyertai Program Jejak Kembali Pelajar 2011. Antara pengisian program adalah : Pendaftaran, ucapan drpd pengetua, ucapan dan taklimat berkaitan disiplin drpd PK HEM, ucapan dan taklimat drpd pegawai polis daerah Samarahan, guru kaunseling sekolah, sesi soal jawab bersama ibu bapa, dan tips serta penutupan secara rasmi oleh YDP PIBG sekolah.

Program bersama ibu bapa tamat pada pukul 11.15pg dengan pelajar bersama ibu bapa bersalaman selain pelajar mengisi borang aku janji berkelakuan baik di depan ibu bapa masing-masing seterusnya pengagihan makanan kepada semua peserta. Program bersama ibu bapa tamat dengan rasminya dan mereka boleh mendaftarkan nama anak-anak mereka untuk sesi 2011 ini manakala pelajar perlu meneruskan program bersama guru kaunseling iaitu bengkel motivasi sehingga tamat waktu persekolahan.

No comments:

Post a Comment