Saturday, November 13, 2010

PEMBELIAN NO UNIK ID UNTUK KEMASUKAN IPTA AKADEMIK 2011/2012

Kepada semua pelajar SPM dan STPM sila ambil perhatian, saya mengingatkan sekali lagi walaupun taklimat telah pun disampaikan kepada anda...

  • bagi sesiapa yang ingin membeli no unik ID melalui sekolah, sila membuat pembayaran kepada guru kaunseling selewat-lewatnya Isnin (15/11/2010) beserta salinan kad pengenalan dan bayaran sebanyak RM 10.60 (SPM) dan RM 15.60 (STPM).
  • bagi yang tidak sempat @ lupa membuat pembayaran tersebut, anda boleh membelinya secara individu di BSN bermula 10/1/2010 - 4/4/2011, tarikh ini bersamaan dengan permohonan kemasukan ke IPTA 2011/2012 (anda boleh mula memohon melalui talian di http://upu.mohe.gov.my/)
  • permohonan hanya boleh dibuat sekali sahaja dan kemaskini permohonan sebanyak 3 kali.
sebarang pertanyaan boleh bertanya kepada guru kaunseling.

Wednesday, November 10, 2010

Minggu Pasca PMR

Program Pasca PMR telah pun terlaksana selama 3 minggu dengan jayanya. Alhamdulillah.. dan students tingkatan 3 pula terus bercuti setelah tamatnya minggu pasca PMR iaitu pada 5 NOV pada hari Jumaat. Sebelum minggu tersebut, kami di Unit B&K SMKKS telah merancang pelbagai program untuk memenuhi 4 minggu dengan aktiviti yang berfaedah kepada students yang dah tamat PMR ni. Maklumla kalau xde aktiviti..  buat bising dalam kelas la apa lagi.. kebanyakan sekolah lebih kurang sama je bila dah habis exam dah tentu xnak blaja dan lepak-lepak je dalam kelas apalagi dah hujung tahun camni, waktu ni la peranan guru sangat penting dalam membasmi kebisingan melampau di sekolah..

Saya xnak berceloteh panjang just nak sharing aktiviti yang telah berlangsung sepanjang minggu Pasca PMR. Aktiviti tersebut adalah:

MINGGU 1
-pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah
-taklimat permohonan ke SBP dan SRK
-Pengembalian buku teks
-NILAM (kuiz, bacaan terbanyak, literasi maklumat)-stp minggu

MINGGU 2
-jahitan-stp minggu
-masakan-stp minggu
-ICT (bengkel tentang aplikasi komputer)-minggu tertentu
-safari membaca
-tayangan

MINGGU 3
-Kuiz pengetahuan am - minggu tertentu
-sukaneka
-pertandingan kreativiti seni-fancy dress
-safari AL Quran
-LDK
-bengkel pengurusan jenazah

MINGGU 4
-sukan rakyat
-hala tuju selepas PMR
-lawatan (jong's crocodile farm, kampung budaya, astana negeri, taman rimba)

terlalu banyak gambar yang dirakamkan sepanjang minggu Pasca PMR ni, ada juga dalam facebook boleh dilihat search fb Nur Zahani  aniey_cahaya@yahoo.com

GURU KAUNSELING SMKKS

PN NOORSALEHAN BT NOOR

PENDIDIKAN:
-SK MEJER JEN. DATO IBRAHIM,KUCHING.(DRJ. 1- 6)
-SMK SUNGAI TAPANG (Ting 1-3)
  -KOLEJ DATO PATINGGI ABG. HJ ABDILLAH (Ting 4 - 6)
-MAKTAB PERGURUAN BATU LINTANG KUCHING   
 (TAHUN 1991-1993).
-UNIVERSITI PUTRA  MALAYSIA (2000 -2004).

GURU KAUNSELING SMKKS


EN HOSSEN BIN SEDI

PENDIDIKAN:
-SK JEMUKAN, SADONG JAYA (DRJ 1-6)
-SMK SEMERA (TING. 1 – 5)
-SMK STAMPIN (TING. 6)
-MAKTAB PERGURUAN RAJANG (1997 - 2000)
-UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (2006 - 2009)

GURU KAUNSELING SMKKS


PN NUR ZAHANI OMAR




PENDIDIKAN:
-SK BERANGAN TUMPAT KELANTAN (DRJ. 1- 6)
-SEK MEN AGAMA TUMPAT (Ting 1-3)
-MAAHAD MUHAMMADI TUMPAT (Ting 4- 5)
-UNIVERSITI PUTRA  MALAYSIA (2001 -2004)
-UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (2005-2009)

Guru Kaunseling SMKKS

EN SAHLAN BIN MD RODIN
PENDIDIKAN:
- SK PARIT PINANG SERIBU, MUAR,JOHOR.(DRJ.1-6)
    - SEK AGAMA JOHOR - TAMAT DARJAH KHAS
- SM TENGKU MAHKOTA, MUAR (Ting 1- 5)
- SM DATO, MUAR (Ting 6)
- MAKTAB PERGURUAN KUALA TERENGGANU,
TERENGGANU (TAHUN 1983-1985).
- UNIVERSITI PUTRA  MALAYSIA (1997 -2001).




Monday, November 8, 2010

selesai juga..

Terima kasih kepada pengunjung blog smkks, dengan masa yang terhad ini sempat juga saya sudahkan blog ni, tp xsempatla nak masukkan maklumat sebab sekarang perlu ke dewan ada taklimat untuk pelajar tingkatan 4 daripada RELA daerah Samarahan. Lain kali mungkin saya dapat masukkan maklumat berkenaan program yang telah dijalankan oleh SMKKS ini sejak mula saya berkhidmat di sini iaitu 22 JULAI 2010 dan mungkin banyak lagi maklumat lain yang kaunselor-kaunselor sekolah SMKSS ini akan paparkan.