Thursday, January 20, 2011

LAWATAN HARI KESEDARAN KESIHATAN BERSAMA PROSTAR - UiTM SARAWAK

Kami sebagai guru kaunseling SMK Kota Samarahan memenuhi undangan pihak UiTM Sarawak untuk sama-sama memeriahkan pameran dan perasmian Hari Kesedaran Kesihatan Bersama PROSTAR anjuran unit  Kaunseling & Kerjaya UiTM Sarawak pada 15/1/2011 (Sabtu). Kami seramai 4 orang guru kaunseling bersama-sama 33 orang pelajar tingkatan 5 memenuhi undangan tersebut. Di harap para pelajar mendapat manfaat daripada pameran yang telah dikunjungi.




Selain melawat ke semua booth pameran, kami juga diterangkan tentang program anjuran pihak UiTM untuk pelajar lepasan SPM yang gagal melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi sama ada kerana masalah kewangan @ keputusan SPM yang tidak memenuhi kriteria juga boleh melanjutkan pelajaran dengan syarat-syarat tertentu. Program tersebut adalah Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB). Kepada sesiapa yang berminat (lepasan SPM & anak Sarawak) boleh merujuk ke bilik kaunseling sekolah atau terus ke UiTM.

No comments:

Post a Comment