Wednesday, January 26, 2011
Program Menggapai Bintang dan Strategi Kanvas 2011
Thursday, January 20, 2011
PROGRAM KEPIMPINAN KETUA & PENOLONG KETUA KELAS
Program ni baru je lepas semalam, Khamis 20/1/2011 dan telah dilaksanakan 2 sesi pagi dan petang sepertimana yang telah diberitahu..
LAWATAN HARI KESEDARAN KESIHATAN BERSAMA PROSTAR - UiTM SARAWAK
Kami sebagai guru kaunseling SMK Kota Samarahan memenuhi undangan pihak UiTM Sarawak untuk sama-sama memeriahkan pameran dan perasmian Hari Kesedaran Kesihatan Bersama PROSTAR anjuran unit Kaunseling & Kerjaya UiTM Sarawak pada 15/1/2011 (Sabtu). Kami seramai 4 orang guru kaunseling bersama-sama 33 orang pelajar tingkatan 5 memenuhi undangan tersebut. Di harap para pelajar mendapat manfaat daripada pameran yang telah dikunjungi.
Selain melawat ke semua booth pameran, kami juga diterangkan tentang program anjuran pihak UiTM untuk pelajar lepasan SPM yang gagal melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi sama ada kerana masalah kewangan @ keputusan SPM yang tidak memenuhi kriteria juga boleh melanjutkan pelajaran dengan syarat-syarat tertentu. Program tersebut adalah Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB). Kepada sesiapa yang berminat (lepasan SPM & anak Sarawak) boleh merujuk ke bilik kaunseling sekolah atau terus ke UiTM.

Wednesday, January 12, 2011
PROGRAM KEPIMPINAN KETUA & PENOLONG TINGKATAN 2011
Program ini dirangka untuk semua Ketua dan Penolong Ketua kelas SMKKS bagi tahun 2011. Ketua dan penolong termasuklah pelajar sesi pagi dan petang. Program akan dilaksanakan pada 20 Januari 2011 (Khamis), butir-butir program adalah seperti berikut:
Sesi pagi Sesi petang
Hari : Khamis Hari : Khamis
Masa : 9.45am - 12.00pm Masa : 1.15pm - 3.15pm
Tempat : Makmal Bahasa Tempat : Makmal Bahasa
Diharap pemimpin-pemimpin ini akan berkomitmen mengikuti program kepimpinan bagi meningkatkan lagi karisma diri. Diharap juga program ini dapat memberikan ilmu pengetahuan dan peserta tahu tanggungjawab sebagai pemimpin.

Monday, January 10, 2011
PROGRAM JEJAK KEMBALI PELAJAR 2011
YDP PIBG menyampaikan hadiah kepada Pegawai Polis Daerah Samarahan yang turut menjayakan program.
Meja pendaftaran pelajar dan ibu bapa
Bengkel motivasi bersama kaunselor
Pelajar mengisi borang soal selidik
Bermula pada pukul 8.00 pagi meja pendaftaran mula dipenuhi dengan peserta yang terdiri drpd pelajar dan ibu atau bapa masing-masing untuk memenuhi bilik Unit Bimbingan & Kaunseling untuk sama-sama menyertai Program Jejak Kembali Pelajar 2011. Antara pengisian program adalah : Pendaftaran, ucapan drpd pengetua, ucapan dan taklimat berkaitan disiplin drpd PK HEM, ucapan dan taklimat drpd pegawai polis daerah Samarahan, guru kaunseling sekolah, sesi soal jawab bersama ibu bapa, dan tips serta penutupan secara rasmi oleh YDP PIBG sekolah.
Program bersama ibu bapa tamat pada pukul 11.15pg dengan pelajar bersama ibu bapa bersalaman selain pelajar mengisi borang aku janji berkelakuan baik di depan ibu bapa masing-masing seterusnya pengagihan makanan kepada semua peserta. Program bersama ibu bapa tamat dengan rasminya dan mereka boleh mendaftarkan nama anak-anak mereka untuk sesi 2011 ini manakala pelajar perlu meneruskan program bersama guru kaunseling iaitu bengkel motivasi sehingga tamat waktu persekolahan.
Subscribe to:
Posts (Atom)