Monday, June 20, 2011

SAMBUTAN HARI GAWAI SMK KOTA SAMARAHAN

Selesai saja meeting staff  kedua untuk musim 2011 ini, semua guru dijemput ke kantin untuk menjamu selera sempena sambutan Hari Gawai peringkat sekolah untuk tahun ini 2011. Pelbagai gelagat guru boleh dilihat sepanjang majlis tersebut. Jom tengok gambar mereka..











TEMUDUGA CALON MPP SMK KOTA SAMARAHAN

Temuduga tersebut dijalankan pada hari Isnin (20/6/2011) secara berkelompok dan pemilihan calon terpilih baru sahaja selesai dan akan dilantik pada hari esok semasa perhimpunan sekolah. Kepada calon yang terpilih, tahniah daripada guru-guru kaunseling.. esok anda akan mengetahui jawapannya..


KEM MURNI DIRI DI HOME STAY TN.HJ. BUJANG, LUNDU

Kem ni bermula 27 (Jumaat) hingga 29/5/2011 (Ahad) di Home stay Tn Hj Bujang, Lundu. Seramai 50 orang pelajar yang mengikuti kem ini dari tingkatan 1 - 4. Seramai 25 orang pelajar seni juga menyertai kem yang sama menjadikan bilangan keseluruhan sebanyak 75 orang.

 Sebanyak 8 LDK telah dijalankan disamping pelbagai aktiviti sepanjang kem tersebut. Antara gambar-gambar yang boleh dilihat seperti berikut :










Sunday, February 20, 2011

TRY BECOMING YOUR PROBLEM
whatever type of problem you are facing, the most self-motivational exercise is to immediately say to yourself " i am the problem". because once you see yourself as the problem, you can see yourself as the solution. what's important to remember about this self-motivator is that it is a thinking process, not a feeling process. if we slide down into the emotional level of our beings, we'll resist this method. it will feel as if we are shaming ourself. the trick is to think of it as a mind game only. it might not even be true that you are the problem, but it can be useful to think that way. if  you use 'i am the problem' as an intelectual premise, you'ill find solutions faster than if you see the problem as existing outside of yourself... so becoming your problem

Wednesday, January 26, 2011

Program Menggapai Bintang dan Strategi Kanvas 2011


Program yang bermula sejak 2009 ini diilhamkan oleh Pn. Pengetua, dengan kerjasama unit B&K sekolah lebih memfokuskan kepada pendedahan awal pelajar akan sasaran PMR sebenar sekolah selain bagaimana memetakan matlamat kendiri yang realistik untuk setiap pelajar. Pelajar dibimbing untuk mencari GPP dan GPS serta diperkenalkan dengan markah dan gred terbaharu PMR.

Thursday, January 20, 2011

PROGRAM KEPIMPINAN KETUA & PENOLONG KETUA KELAS

Program ni baru je lepas semalam, Khamis 20/1/2011 dan telah dilaksanakan 2 sesi pagi dan petang sepertimana yang telah diberitahu..


LAWATAN HARI KESEDARAN KESIHATAN BERSAMA PROSTAR - UiTM SARAWAK

Kami sebagai guru kaunseling SMK Kota Samarahan memenuhi undangan pihak UiTM Sarawak untuk sama-sama memeriahkan pameran dan perasmian Hari Kesedaran Kesihatan Bersama PROSTAR anjuran unit  Kaunseling & Kerjaya UiTM Sarawak pada 15/1/2011 (Sabtu). Kami seramai 4 orang guru kaunseling bersama-sama 33 orang pelajar tingkatan 5 memenuhi undangan tersebut. Di harap para pelajar mendapat manfaat daripada pameran yang telah dikunjungi.




Selain melawat ke semua booth pameran, kami juga diterangkan tentang program anjuran pihak UiTM untuk pelajar lepasan SPM yang gagal melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi sama ada kerana masalah kewangan @ keputusan SPM yang tidak memenuhi kriteria juga boleh melanjutkan pelajaran dengan syarat-syarat tertentu. Program tersebut adalah Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB). Kepada sesiapa yang berminat (lepasan SPM & anak Sarawak) boleh merujuk ke bilik kaunseling sekolah atau terus ke UiTM.