Monday, July 18, 2011

HARI SUKAN TAHUNAN SEKOLAH ~ STADIUM KOTA SAMARAHAN

 Sepanjang 2 hari sambutan Hari Sukan Sekolah SMKKS di Stadium Kota Samarahan meninggalkan banyak kenangan, pelbagai gelagat guru dan pelajar boleh dilihat, namun di sini ubk hanya upload beberapa gambar sahaja seperti dibawah:

        
 Meja AJK hadiah.. takde yang ni takde la hadiahnya..piala, pingat dan hamper cabutan bertuah.

 Guru-guru senamrobik dulu sebelum beraksi.. ambil semangat panaskan badan sebelum sorak untuk rumah sukan masing-masing.

 Puan pengetua bersama barisan pentadbir dan tetamu jemputan En.Mahli Rosli dari PPD Kota Samarahan.








Seronoknya dapat cabutan bertuah.....

Monday, June 20, 2011

SAMBUTAN HARI GAWAI SMK KOTA SAMARAHAN

Selesai saja meeting staff  kedua untuk musim 2011 ini, semua guru dijemput ke kantin untuk menjamu selera sempena sambutan Hari Gawai peringkat sekolah untuk tahun ini 2011. Pelbagai gelagat guru boleh dilihat sepanjang majlis tersebut. Jom tengok gambar mereka..











TEMUDUGA CALON MPP SMK KOTA SAMARAHAN

Temuduga tersebut dijalankan pada hari Isnin (20/6/2011) secara berkelompok dan pemilihan calon terpilih baru sahaja selesai dan akan dilantik pada hari esok semasa perhimpunan sekolah. Kepada calon yang terpilih, tahniah daripada guru-guru kaunseling.. esok anda akan mengetahui jawapannya..


KEM MURNI DIRI DI HOME STAY TN.HJ. BUJANG, LUNDU

Kem ni bermula 27 (Jumaat) hingga 29/5/2011 (Ahad) di Home stay Tn Hj Bujang, Lundu. Seramai 50 orang pelajar yang mengikuti kem ini dari tingkatan 1 - 4. Seramai 25 orang pelajar seni juga menyertai kem yang sama menjadikan bilangan keseluruhan sebanyak 75 orang.

 Sebanyak 8 LDK telah dijalankan disamping pelbagai aktiviti sepanjang kem tersebut. Antara gambar-gambar yang boleh dilihat seperti berikut :